CTU 151
Monday, 28 February 2011
CTU 151: CTU 151
CTU 151: CTU 151: "TAJUK: Kegiatan Institusi agama (Masjid) di Kariah Masjid Al-Mahmudi, Kg.Padang Lalang, Alor Setar, Kedah DISEDIAKAN UNTUK: ..."
CTU 151
TAJUK:
Kegiatan Institusi agama (Masjid) di Kariah
Masjid Al-Mahmudi,
Kg.Padang Lalang,
Alor Setar,
Kedah
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 151
DISEDIAKAN OLEH:
Syaza Bazila Alias
No.Matrik: 2010614018
Kumpulan: ASD2 En
PROGRAM:
Diploma Kimia Industri(AS 115)
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA
1 ABSTRAK
2 PENDAHULUAN
3 MASJID
3.1 Konsep
3.2 Latar Belakang
3.3 Organisasi
3.4 Kemudahan
3.5 Kegiatan
3.6 Gambar aktiviti
4 PENUTUP
5 BIBLIOGRAFI
ABSTRAK
Masjid merupakan sebaik-baik tempat kepada kita untuk kita berlindung daripada pelbagai ancaman dan ia juga merupakan salah satu tempat yang mulia yang ada di atas muka bumi ini.Oleh itu,kita haruslah memanfaatkan masjid dengan sebaik mungkin dengan mempelbagaikan kegiatan-kegiatan keilmuan yang mengandungi unsur-unsur keislaman untuk menarik minat masyarakat tanpa mengira usia supaya mereka selalu dan sentiasa mengunjungi masjid kerana masjid merupakan rumah ALLAH.Selain itu,masjid juga merupakan tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada ALLAH.Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat sembahyang malah terdapat pelbagai fungsinya yang lain.Orang mukmin dan beriman akan sentiasa berkunjung ke masjid tanpa mengira masa dan waktu.
pendahuluan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Pencipta segala manusia. Yang Maha Mengetahui Maha Bijaksana. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pembawa rahmat ke seluruh alam. Selawat dan salam ke atas para sahabat, siddiqin, shuhada’ dan solihin. Mudah-mudahan kita semua tergolong bersama mereka dan sentiasa berada di atas jalan yang lurus.
Dipersembahkan ilmu yang sedikit, dari pengetahuan yang terlalu kecil, dengan izin dari Allah. Mudah-mudahan dengannya, membawa kebaikan kepada semua penulis dan pembaca, melangkaui dunia dan akhirat. Juga, membawa manfaat kepada keluarga kita, sahabat dan seterusnya kepada hati-hati manusia yang masih berbolak-balik. Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, kurniakanlah kami semua kefahaman kepada ilmu, yang darinya kami beroleh kebaikan di sisi-Mu.
Bismillahirahmanirrahim. Tajuk yang saya pilih untuk kertas kerja ini ialah ‘Kegiatan Masjid atau Surau dalam Pendidikan Islam Terhadap Anak Kariah’. Hubungan antara masjid dengan pendidikan dalam Islam amat sebati dan tidak boleh dipisahkan. Semenjak zaman permulaan Islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan bermula dari masjid. Semasa perkembangan keagungan Islam, bermula dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga zaman khilafah Islamiah (Umaiyah-Usmaniah), telah banyak masjid telah didirikan bagi tujuan pendidikan kepada masyarakat Islam di samping peranannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan kemasyarakatan. Sistem pendidikan Islam telah menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan yang utama. Contoh paling jelas ialah Universiti Al-Azhar iaitu universiti tertua dalam sistem pendidikan Islam yang berasaskan kepada pendidikan masjid. Kenyataannya bahawa masjid adalah pusat tumpuan menjadikan peranan masjid dalam menyebarkan ilmu serta maklumat dengan lebih berkesan.
Masjid
3.1 KONSEP
Dimanakah lagi tempat untuk mencari ketenangan dan kedamaian di dunia ini jika tidak di rumah Allah yang tidak pernah mengehadkan waktu dan kekerapan untuk menerima kunjungan? Masjid bukan sekadar dilihat sebagai tempat untuk mendirikan solat tetapi juga memberi kemudahan kepada umat Islam medapatkan manfaat dan berdakwah di jalan yang diredhai Allah.
Masjid dari segi bahasa ialah tempat untuk umat Islam bersujud yang berasal dari perkataan Arab “masjid”. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunapakai sebagai nama bagi tempat kita melakukan ibadah solat kerana gerakan utama yang terdapat di dalam solat ialah sujud. Maka masjid itu memberi erti tempat umat Islam melakukan akiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seorang muslim kepada ALLAH. Mengikut terminology agama pula,masjid adalah tempat khusus yang digunakan untuk solat berjemaah dan kegiatan islam yang lain.
Menelusuri sirah baginda Rasulullah saw, sesampainya hijrah Rasulullah ke Madinah, tempat pertama yang ditentukannya ialah tapak masjid, ini bermakna permulaan di mana-mana kawasan bermasyarakat sewajarnya bermula dengan menentukan tempat yang paling strategik bagi pembinaan masjid sebagai tempat penyatupaduan masyarakat setempat itu sendiri. Jika dilihat pada masa kini, pembinaan sesebuah masjid adalah berpusat pada tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.
Seluruh hidup seorang muslim itu sepatutnya dilaksanakan dalam iklim yang terbentuk dengan pengaruh masjid. Usaha untuk menyemarakkan rasa cintakan masjid dalam kalangan masyarakat Islam diperlukan dalam mengislahkan diri. Nabi Muhammad saw pernak bersabda: “Barang siapa yang membangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan baginya yang semacam didalam syurga”. Maka hendaklah kita memulakan langkah perubahan ini untuk memartabatkan masjid dengan memulakan perubahan dalam diri kita sendiri. Imam Harith al Muhasibiy meriwayatkan daripada sahabat katanya: “Akan tiba suatu ketika, masjid-masjid besar tersergam indah, tetapi tidak mampu lagi melahirkan hidayah”. Oleh itu, peningkatan ilmu, iman dan amal amatlah diperlukan untuk setiap mukmin bagi memartabatkan institusi masjid dalam mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan Islam dimata dunia.
3.2 LATAR BELAKANG
Assalamualaikum w.b.t. Masjid yang saya pilih dan telah saya kaji ialah Masjid Al-mahmudi,Padang Lalang,Alor Setar. Saya telah memilih masjid ini untuk saya kaji ialah kerana masjid ini terletak di kampung nenek saya di mana saya telah membesar dan saya anggap sebagai rumah kedua saya. Saya amat berbangga untuk memperkenalkan masjid ini kerana arwah datuk saya pernah berkhidmat sebagai ustaz yang amat disegani di masjid ini dan pernah menjadi guru bahasa Arab di masjid ini. Jarak di antara masjid dan rumah nenek saya hanya lima ratus meter sahaja.
Masjid ini ialah salah satu masjid yang terdapat di daerah Padang Lalang,Alor Setar,Kedah. Bangunan masjid ini dahulu hanyalah sebuah surau kayu yang dibina pada tahun 1950an. Kemudian masjid ini dibina bergotong-royong oleh penduduk kampung sendiri dan sumbangan diberi oleh pihak kerajaan. Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 1.5798 hektar. Masjid ini mempunyai reka bentuk masjid Melayu tradisional. Masjid ini menjadi tumpuan orang ramai mengerjakan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan lain-lain kerana lokasinya yang strategik. Hasil dari pembangunan yang pesat dan taman-taman perumahan baru, maka jumlah penduduk semakin bertambah. Masjid ini diubahsuai dan dibaikpulih sesuai dengan pertambahan ahli kariahnya.
Namun begitu, pada sekitar tahun 90an, tanah perkuburan dipindahkan ke seberang sungai yang terletak kira-kira 800 meter dari kawasan masjid. Ini kerana, tanah perkuburan tersebut telah diratakan untuk memperluaskan kawasan masjid dan ruang solat. Semasa proses pengubahan kubur, terdapat beberapa mayat yang masih dalam keadaan elok tanpa sebarang kereputan. Saya di maklumkan bahawa jenazah seorang wanita iaitu Allahyarhamah Sufiah Binti Haji Berahim. Allahyarhamah meninggal dunia semasa melahirkan anaknya yang sulung. Betapa Allah menyanyangi dan melindungi ibu yang melahirkan anak. Begitulah sedikt sebanyak pengajaran dapat saya kongsikan.
3.3 ORGANISASI
JAWATANKUASA
Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Taib Pengurusi/Imam
Tuan Haji Md Roshidi Bin Ariffin Timbalan Pengerusi
Tuan Haji Saiful Asri Bin Haji Md Yusoff Setiausaha
En Mohd Yusof Bin Mohamad Bendahari
En Che Ros Bin Ahmad Pegawai Masjid
Tuan Haji Abdul Kadir Bin Haji Taib Pegawai Masjid
Tuan Haji Omar Bin Haji Salleh Pegawai Masjid
Tuan Haji Nordin Bin Haji Taib AJK
En Md Nazir Bin Hasan AJK
3.4 KEMUDAHAN
Bilik air dan bilik mandi untuk lelaki dan perempuan.
Tempat berwudhu
Ruang solat muslimin dan muslimah
Ruangan Pengajian Agama
Di sinilah ruang anak-anak desa menuntut ilmu dan menambah pengetahuan tentang agama. Bahkan seluruh penduduk menimba
ilmu tanpa mengira peringkat usia.
Bahan bacaan juga disediakan seperti Al-Quran,Kitab Hadis dan buku-buku ilmiah.
KEGIATAN MASJID
Bagi menarik minat penduduk kampung dan masyarakat sekitarnya, jawatankuasa Masjid Al-Mahmudi telah menjalankan pelbagai aktiviti di masjid dan di luar kawasan masjid. Antara kegiatan yang dijalankan adalah seperti berikut :
• CERAMAH AGAMA
Diadakan selepas solat subuh dan maghrib
Sebulan sekali menjemput penceramah yang mahir dan berpengalaman dalam menyampaikan dakwah.
• KELAS PENGAJIAN AGAMA
Kelas terbuka untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Mengajar ilmu tajwid, bacaan Al-Quran dengan lancar dan bertajwid,
ilmu fardhu ain dan mula berjinak-jinak dengan kelas tarannum.
• GOTONG-ROYONG
Membersihkan kawasan masjid dan kubur dijalankan sebulan dua kali.
Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.
• KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Mengajar cara memandikan dan mengafankan jenazah.
Melatih generasi muda agar lebih peka dengan pengurusan jenazah.
• TABUNG DERMA
Ini bertujuan menambah pendapatan masjid.
Tabung derma akan bergerak setiap selepas solat jumaat.
AKTIVITI BULAN RAMADHAN
• Tadarus Al-Quran
• Memasak bubur lambuk seminggu dua kali bersama penduduk kampung
• Mengadakan majlis berbuka puasa
• Menjemput imam tahfiz pelajar sekolah rendah bagi mengimamkan sembahyang tarawih
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
• KEM ANAK SOLEH
Disertai anak-anak desa dan rakan muda
Mengadakan qiamullail
Acara menangkap ikan
Perlawanan futsal
• PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
• Dijalankan oleh pegawai kesihatan Pusat Kesihatan Alor Janggus
• KURSUS PERKAHWINAN
GAMBAR AKTIVITI
Masalah
• Haiwan ternakan mencerobohi kawasan masjid
Terdapat segelintir penternak haiwan yang tidak bertanggungjawab membiarkan haiwan ternakan merekaseperti lembu,kambing dan ayam yang mencerobohi kawasaan masjid. Ini akan menyebabkan kawasan masjid menjadi cacat apaliba terdapat najis haiwan di sekitar masjid.
• Kerosakan peralatan masjid
Peralatan masjid yang kerap kali mengalami kerosakan antaranya ialah pinggan mangkuk dan perkakas memasak. Penduduk yang menggunakan peralatan masjid untuk kegiatan kenduri atau sebagainya tidak menyimpan dan menjaganya dengan baik. Hal ini menyebabkan banyak perkakas memasak terpaksa dibeli yang baru bagi menggantikan yang telah rosak.
• Bahan bacaan
Antara masalah lain yang dialami oleh pihak masjid ialah kekurangan bahan bacaan. Buku-buku yang tersedia telah agak lama dan kurang menarik minat para jemaah untuk membacanya. Selain itu, Al-Quran yang dibaca tidak disusun semula dengan elok. Ini merumitkan lagi keadaan apabila Al-Quran diselitkan di tingkap masjid.
• Kehilangan kasut dan selipar para jemaah
Masalah kehilangan selipar para jemaah semakin berleluasa ketika sembahyang jumaat dan sembahyang sunat aidilfitri.
PENYELESAIAN

Pihak masjid perlulah membina pagar disekeliling kawasan masjid agar haiwan ternakan tersebut tidak dapat memasuki kawasan masjid. Penternak juga hendaklah peka dan menjaga haiwan ternakan agar tidak berkeliaran. Kepada penternak,mereka perlu menyediakan kandang untuk haiwan ternakan tersebut.
• Kerosakan peralatan masjid
Penduduk yang menggunakan peralatan dan perkakas memasak masjid hendaklah menyimpannya semula di stor simpanan yang telah disediakan. Sikap segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab akan merumitkan lagi keadaan. Penduduk perlulah menanamkan sikap prihatiin dan lebih bertanggungjawab terhadap peralatan dan perkakas masjid yang menjadi kegunaan bersama.
• Bahan Bacaan
Pihak masjid boleh mengiklankan kepada penduduk kampung supaya mendermakan buku-buku ilmiah atau majalah untuk diletakkan di sudut bacaan masjid.Selain itu,pihak masjid juga boleh memohon sumbangan daripada perpustakaan desa. Ini akan menarik minat penduduk kampung supaya membaca dan berkunjung ke masjid.

Masalah ini dapat diatasi dengan meletakkan rak kasut diluar masjid. Namun begitu, para jemaah juga hendaklah menyusun kasut mereka di atas rak dengan kemas.Ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pertukaran dan kehilangan kasut.
CADANGAN
Saya mencadangkan beberapa plan pembangunan untuk kegunaan bersama bagi penduduk kampung dan pihak masjid. Disini saya sertakan beberapa cadangan:
1. Membina cyber cafe di dalam kawasan masjid. Ianya akan di pantau oleh jawatankuasa masjid. Ini juga akan menambah sumber pendapatan masjid. Walaupun cyber cafe dibina dikawasan masjid namun apabila azan dikumandangkan ia akan ditutup akan akan dibuka semula setelah selesai menunaikan solat. Sekaligus akan terdidik dengan solat berjemaah.
2. Menugaskan beberapa pengawal di hadapan masjid. Ini bertujuan dapat mengawal keadaan lalulintas apabila tiba musim perayaan dan sembahyang jumaat. Ia akan mengurangkan kesesakan lalulintas yang sering kali berlaku ketika waktu-waktu tersebut. Seterusnya dapat menjaga keselamatan para jemaah dan pengguna jalanraya yang lain.
3. Bagi jawatankuasa masjid yang mempunyai kebolehan memasak ,mereka boleh menyediakan perkhidmatan catering. Perkhidmatan ini juga ditawarkan untuk masyarakat yang berdekatan.Disamping dapat menaikkan taraf ekonomi masjid.
PENUTUP
Syukur kehadrat Illahi kerana saya berjaya menyiapkan Tugasan Projek CTU151 pada masa yang telah ditetapkan mengikut kriteria yang telah digariskan. Berdasarkan tugasan ini dan hasil temuramah saya,saya mendapati masjid merupakan suatu tempat suci yang mempunyai banyak peranan yang dapat mendidik umat islam ke arah dan jalan yang benar.Oleh itu,setiap kariah haruslah memastikan umat islam di sekitar kariah yang berkaitan sentiasa berkunjung ke masjid kerana banyak yang kita akan dapat jika kita berkunjung ke masjid.Kesimpulan yang boleh saya buat,memperkasakan dakwah menerusi aktiviti masjid bergantung kepada paradigma pemikiran yang digunapakai.Struktur yang menjadi kerangka kerja,perjalanan masjid,soal kepimpinan dan kerjasama masyarakat Islam menentukan hala tuju masjid adalah sangat penting untuk memastikan sesuatu masjid itu sama ada berperanan kepada masyarakat ataupun tidak.Jika struktur pentadbiran sesuatu masjid berjalan dengan lancar maka tidak mustahillah ramai umat islam di setiap kariah masing-masing akan sentiasa berkunjung ke masjid bukan sahaja untuk menunaikan solat malah melakukan ibadah-ibadah lain lagi.
Sehubungan itu,saya merakamkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar iaitu Pensyarah CTU151 Ustaz Haji Abdul Aziz Bin Harjin.Tanpa ilmu yang dicurahkan tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Taib kerana memberikan kerjasama dan komitmen dalam proses menyiapkan projek ini.Begitu juga kepada kedua ibubapa saya yang tercinta,ahli keluarga serta rakan seperjuangan yang banyak menghulurkan bantuan tanpa jemu.Akhir kata,saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan kerja kursus yang diberikan.Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai terlanjur kata dan tertulis yang menyinggung hati.Saya hanya manusia biasa tidak lekang dari kesilapan.
Sekian,terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
BIBLIOIGRAFI
IMAM MASJID AL-MAHMUDI
• Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Taib
• Halijah Binti Hassan,39 tahun
• Mohammad Bin Hamzah,46 tahun
KAMUS DEWAN
• Noresah Baharom- (1994)
• Kuala Lumpur- Dewan Bahasa dan Pustaka
Antara kemudahan masjid yang disediakan ialah:
• Bilik air dan bilik mandi bagi lelaki dan perempuan
• Kolah mengambil wudu’ bagi lelaki
• Ruang solat muslimin dan muslimat dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin
• Peralatan masjid seperti sistem PA,alatan memasak serta kelengkapan makan
• Ruang pengajian agama
• Tanah perkuburan yang terletak di seberang sungai di belakang masjid
• Lanskap
• Pondok rehat
• Tempat meletakkan kenderaan

Subscribe to:
Posts (Atom)